10 Januari 2010

Azri 202238 - KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

http://www.angelfire.com/me4/zana/kompdlmpnp.htm

RUMUSAN ARTIKEL

Tajuk : KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


1.Pendekatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Matlamat pendidikan Teknologi Maklumat ( TM ) dapat dicapai dengan wujudnya pertalian erat antara Kurikulum,Pedagogi dan Pentaksiran.Melalui pendekatan ini guru hendaklah berperanan sebagai penyelia dan fasilitator kepada pelajar dalam proses pembelajaran dalam bilik darjah.

2.Pengajaran Berbantukan Komputer ( Computer Assisted Instruction, CAI )

* Integrasi Bahan Kursus CAI dalam bilik darjah akan berfungsi apabila guru tahu dan menguasai sepenuhnya tentang kelebihan dan kelemahan sebuah sistem komputer.

* Penilaian dan Penyebaran Bahan Kursus mestilah dinilai dan diuji kesesuaiannya merangkumi dua elemen penting iaitu buku panduan guru dan buku kerja pelajar.

* Sistem Komputer dan Pengurusan melibatkan seperti kos pelaksanaan yang merangkumi aspek-aspek seperti bilangan komputer yang diperlukan,bilangan jam yang diperlukan oleh setiap pelajar untuk setiap mata pelajaran dalam seminggu, penyenggaraan komputer dan keselamatan sistem komputer.

* Menggalakkan Penghasilan /Penulisan Bahan Kursus

3.Pengajaran Diuruskan Komputer ( Computer Managed Instruction, CMI )

Pengajaran Diuruskan Komputer ( CMI ) berperanan membantuproses pengurusan dalam bilik darjah.Ia melibatkan interaksi antara pelajar, guru, komputer dan bahan-bahan sumber pendidikanyang lain.Terdapat tiga bidang utama CMI iaitu :
1- pengurusan rekod pelajar
2- pengurusan komunikasi
3- pengurusan proses pembelajaran

4.Komunikasi Mediasi Komputer ( Computer Mediated Communication, CMC )

Komunikasi mediasi komputer melibatkan pengajaran dan pembelajaran secara rangkaian atau hubungan rangkaian. Contohnya guru atau pelajar menggunakan jalur internet untuk berhubung semasa proses pembelajaran berlaku.

5.Multimedia Berasaskan Komputer ( Computer Based Multimedia, CBM )

Multimedia boleh dijadikan salah satu alat bantuan mengajar (ABM) kerana ia membolehkan guru mengurus aktiviti pengajarannya secara teratur dan menarik dengan cara memberi persembahan yang pelbagai menggunakan program-program multimedia yang senang didapati.

6.Kelebihan Penggunaan Komputer dalam P&P

Di antaranya ialah :

i)Menyokong pembelajaran kendiri dengan maklum balas dan peneguhan yang cepat.

ii)Pengintegrasian multi media daripada sumber yang pelbagai.

iii)Keinteraktifan yang membolehkan pembelajaran dapat dijalankan dengan luwes dengan kawalan kendiri.

7.Kelemahan Penggunaan Komputer dalam P&P

Di antaranya ialah :

i)Kos yang tinggi

ii)Teknologi yang cepat berubah

iii)Literasi komputer masih meluas

iv)Perlu cekap dan bermotivasi untuk berjaya

Pada akhir artikel ini anda dapat memahami bahawa pada masa kini penggunaan komputer dalam P&P adalah menjadi suatu keperluan yang mesti disebarluaskan. Kelemahan penggunaan kaedah ini masih boleh dikaji dan diatasi dengan perancangan yang rapi dan tersusun. Pelajar akan menjadi lebih kreatif untuk meneruskan penerokaan ilmu yang luas tanpa sempadan.

7 ulasan:

  1. salam..ngantuknya baca artikel ni.pahni minta tlg ringkas sikit bleh.personal xpe...hehehe..

    BalasPadam
  2. Salam..tentang artikel ini mempunyai 7 bahagian iaitu :

    1.Pendekatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
    2.Pengajaran Berbantukan Komputer
    3.Pengajaran Diuruskan Komputer
    4.Komunikasi Mediasi Komputer
    5.Multimedia Berasaskan Komputer
    6.Kelebihan Penggunaan Komputer dalam P&P
    7.Kelemahan Penggunaan Komputer dalam P&P

    Konklusinya penggunaan komputer dalam P&P mempunyai kebaikan dan kelemahan tertentu. Oleh itu pelaksanaan kaedah ini mesti mengikut kesesuaian persekitaran pelajar.

    Thanks sbb baca dan komen ni...

    BalasPadam
  3. Matlamat pendidikan Teknologi Maklumat dapat dicapai dengan wujudnya pertalian erat antara Kurikulum,Pedagogi dan Pentaksiran. Pengajaran Berbantukan Komputer dalam bilik darjah akan berfungsi apabila guru tahu dan menguasai sepenuhnya tentang kelebihan dan kelemahan sebuah sistem komputer. Pengajaran diuruskan komputer berperanan membantuproses pengurusan dalam bilik darjah. Namun semuanya terdapat kelebihan dan kelemahan. Guru lah akan memainkan perana penting dalam menjayakannya.

    BalasPadam
  4. Secara amnya penggunaan ICT dalam proses P&P telah lama digunakan di negara kita dengan matlamat yang utama adalah memastikan beberapa perkara seperti Kurikulum,Pedagogi dan Pentaksiran dapat dicapai dengan sebaik mungkin. Selain itu juga, ICT turut memberi beberapa bentuk bantuan kepada guru dalam membina BBM. Apa yang pasti ICT pada hari ini banyak membantu para guru dan pelajar menjalani proses P&P. Tetapi terdapat beberapa kelemahan yang masih boleh dibaiki dalam menjayakan ICT dalam pendidikan.

    BalasPadam
  5. Pada masa kini penggunaan komputer dalam P&P adalah menjadi suatu keperluan yang mesti disebarluaskan.Pengajaran Berbantukan Komputer dalam bilik darjah akan berfungsi apabila guru tahu dan menguasai sepenuhnya tentang kelebihan dan kelemahan sebuah sistem komputer. Kesemuanya mempunyai kelebihan dan kelemahan. Gurulah yang harus mainkan peranan dalam pendidikan.

    BalasPadam
  6. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sudah tidak asing lagi. Para pendidik perlulah memahirkan diri mereka dalam penggunaan komputer.
    Komputer juga salah satu daripada alat ABM dalam meningkatkan proses p&p menjadi lebih menyeronokkan. walaupun terdapat pro dan kontra penggunaan komputer dalam proses p&p, ianya tetap menjadi lebih menyeronokkan berbanding biasa jika segala kemudahan dan kemahiran dapat diaplikasikan oleh guru dan pelajar.
    Oleh itu dalam mengharungi dunia pendidikan yang moden ini, guru seharusnya tidakk memandang remeh hal. Pihak sekolah juga mesti memainkan peranan dalam hal ini dalam mencapai Matlamat Pendidikan Malaysia.

    BalasPadam
  7. Teknologi ICT adalah manfaat yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada umat di zaman kini. Banyak keperluan hidup berasaskan sains untuk mencipta pelbagai teknologi demi kemudahan manusia sejagat. Dalam bidang maklumat, pelbagai medium boleh diakses untuk memperolehi khazanah ilmu yang ada di alam maya. Pendidikan zaman kini juga memerlukan guru mahir untuk menggunakan teknologi maklumat dalam pengajarannya. Bagi pihak pelajar, diharapkan mengambil peluang berlumba mengakses semua maklumat terutama yang berkaitan subjek yang diajar dalam bilik darjah. Ini bermakna ruang dan masa pembelajaran pelajar bukan setakat dibatasi di sekolah dan dalam jadual pembelajaran harian semata-mata.

    BalasPadam